Tanah Perkuburan USJ 22, Subang Jaya Mempunyai Keluasan Keseluruhan Seluas 19 Ekar, Sebelum Ini Tanah Perkuburan USJ 22, Subang Jaya Lebih Dikenali Dengan Nama Tanah Perkuburan Islam Puchong Batu 13.

Pada 1 Disember 2011, Operasi Tanah Perkuburan Islam USJ 22 Telah Diambil Alih Sepenuhnya Oleh MBSJ Dan Semua Kerja-kerja Berkaitan Pengurusan Dan Pentadbiran Dilaksanakan Oleh Unit Pengurusan Tanah Perkuburan Islam MBSJ.

Alamat: TANAH PERKUBURAN ISLAM MBSJ USJ 22, PERSIARAN SUBANG DAMAI USJ 22,47630 SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.

Kadar Bayaran:
W/Negara (Dalam Qariah MBSJ) : RM 150.00 (Dewasa / Kanak-Kanak)
W/Negara (Luar Qariah MBSJ) : RM 250.00 (Dewasa / Kanak-Kanak)
W/Negara Asing : RM 350.00 (Dewasa / Kanak-kanak)

Perkhidmatan Yang Disediakan

  1. Menyediakan kemudahan tempahan lot kubur.
  2. Menyediakan lot perkuburan yang telah siap digali.
  3. Membantu waris simati di dalam urusan pengkebumian jenazah.
  4. Menjalankan kerja pemasangan kepuk kayu dan batu lot.
  5. Menjalankan kerja pembersihan dan penyelenggaraan plot perkuburan serta kawasan sekitarnya secara berkala.
  6. Menguruskan rekod-rekod pengkebumian dan membantu waris dalam carian lot-lot perkuburan.
  7. Menguruskan kawasan perkuburan supaya sentiasa bersih, teratur dan cantik sebagai tanda penghormatan kepada simati dan mudah untuk dilawati.

Pejabat

No. Telefon
03-8023 0901
No. Faks
03-8023 1095

Pegawai dan Kakitangan

Mohd Amizi bin Aminuddin Pen. Pegawai Tadbir 012-2396365
Ezri Bin Basri Pembantu Tadbir 012-6762340
Atan Bin Ramli Pem. Kesihatan Awam 012-3565836
Mohd Firdaus Shah Bin Abdul Manan Pekerja Awam 012-2637680
Mohd Azhar Bin Mohd Zulkefli Pekerja Awam 016-9797871
Muhammad Syafiq Siddiq Bin Abdul Latiff Pekerja Awam 010-2332974
Mohd Hafiz Bin Mazlan Pekerja Awam 017-5331458
Tengku Shahrizal Affendi Bin Tengku Mustafa Pekerja Awam 012-9247758

SYARAT-SYARAT TANAH PERKUBURAN

  1. Waris hendaklah memberitahu lebih awal tentang kematian yang berlaku kepada kakitangan unit kubur untuk persediaan awal kepada jenazah.
  2. Pejabat urusan hanya beroperasi mengikut masa yang telah ditetapkan oleh MPSJ pada jam 8 PAGI hingga 6 PETANG dan tertakluk pada tugasan yang diarahkan sekiranya perlu kerja lebih masa.
  3. Waris WAJIB hadir untuk membuat pendaftaran di pejabat pengurusan dengan membawa PERMIT mengubur serta membuat bayaran sebanyak RM 150.00 terlebih dahulu sebelum jenazah dikebumikan.
  4. Sekiranya berlaku kematian yang memerlukan urusan pengkebumian pada malam hari, waris perlu memaklumkan terlebih dahulu sebelum jam 5 PETANG dan perlu meminta keizinan daripada YDP atau pegawai yang diberi kuasa bagi mendapat kebenaran terlebih dahulu sebelum jenazah dibawa ke tanah perkuburan.
  5. Waris DILARANG mengadakan sebarang upacara yang menyalahi hukum syarak di dalam kawasan perkuburan.
  6. Kakitangan unit kubur berhak MENOLAK permohonan sekiranya syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak pengurusan gagal dipenuhi.
  7. Waris DILARANG menanam sebarang pokok di atas pusara selain daripada pokok yang dibenarkan sahaja.
  8. Kakitangan unit kubur berhak memotong mana-mana pokok pusara yang tidak mengikut syarat yang dibenarkan oleh pihak pengurusan tanpa meminta kebenaran kepada waris.
  9. Waris DILARANG untuk membuat binaan pusara sendiri tanpa kelulusan dari pihak pengurusan. Sekiranya berlaku, pihak pengurusan mempunyai kuasa untuk memberi notis agar binaan puasara dibuka semula atau kakitangan unit kubur yang ditugaskan akan mengambil tindakan untuk membuka sendiri binaan tersebut.
  10. Hanya binaan yang mengikut saiz, warna, jeniz binaan yang DIBENARKAN sahaja boleh dibina.
  11. Waris perlu meminta KEBENARAN tempahan binaan pusara di pejabat urusan terlebih dahulu bagi mengelakkan berlakunya penipuan.
  12. Waris tidak boleh mempersoalkan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan yang ditugaskan kerana ini adalah sebahagian daripada syarat-syarat serta termaktub didalam Akta Kerajaan Tempatan Undang-Undang Kecil Tanah Perkuburan Islam (Majlis Perbandaran Subang Jaya) 2005.

e-Pusara

Butiran Lot Pusara

Catatan

Muat Naik Fail

Gambar Pusara

Semak Lot Pusara

Urus Data Tanah Perkuburan

# Nama / Gambar Keterangan Tambahan
125
 
 
9344
 
 
9345
 
 
9349
 
 
9350
 
 
9352
 
 
9354
 
 

Laporan Statistik Pengkebumian Mengikut Bulan Dan Tahun