Senarai Carian
Senarai Carian

SYARAT-SYARAT UNTUK SETIAP TEMPAHAN

1. Menjelaskan bayaran tempahan tujuh (7) hari selepas kelulusan tempahan penggunaan diterima.
2. Setiap penggunaan gelanggang perlu mengikut masa tempahan di dalam resit. Sebarang penggunaan di luar masa tempahan, pengguna boleh DIDAKWA atas kesalahan menceroboh dan pihak Majlis akan mengambil tindakan yang sewajarnya.
3. Pengguna bagi aktiviti sukan Pickleball perlu membawa, memasang dan menanggalkan semula jaring Pickleball selepas penggunaan. Pengguna adalah dilarang menggunakan jaring badminton yang sedia ada yang terdapat di dewan. Pihak Majlis tidak menyediakan jaring Pickleball kecuali di Dewan Serbaguna MBSJ, Seksyen 10, Putra Heights (Dewan Camelia).
4. Dilarang sama sekali mengadakan upacara/majlis keagamaan.
5. Dewan Serbaguna MBSJ merupakan kawasan LARANGAN MEROKOK.
6. Pengguna hendaklah bertanggungjawab menjaga kebersihan/ keselamatan segala kemudahan yang terdapat di Dewan Serbaguna MBSJ semasa dan selepas penggunaan.
7. Pengguna hendaklah bertanggungjawab untuk menyusun atau meletakkan peralatan yang digunakan ke tempat asal dengan teratur dan tersusun.
8. Pengguna dilarang keras membawa masuk Makanan atau Minuman yang Haram Disisi Agama Islam dan apa-apa yang boleh merosakkan/mengotorkan kawasan Dewan Serbaguna MBSJ kecuali mendapat kebenaran daripada pihak Majlis.
9. Pengguna dilarang mengadakan/ mempelawa/ menjemput peniaga-peniaga berniaga di kawasan Dewan Serbaguna MBSJ.
10. Pengguna dilarang menjalankan segala aktiviti masakan/mengoreng/merebus atau apa jua penyediaan makanan dan minuman di dalam kawasan kemudahan Dewan Serbaguna MBSJ.
11. MBSJ tidak akan bertanggungjawab ke atas apa jua bentuk kemalangan, kecederaan atau kecurian yang berlaku semasa penggunaan Dewan Serbaguna MBSJ.
12. Pengguna dilarang sama sekali memaku/ menebuk/ mengorek atau menampal apa jua bahan dan peralatan di dinding-dinding Dewan Serbaguna MBSJ.
13. Bagi penggunaan komponen elektrik seperti sistem pencahayaan dan sistem bunyi, pengguna di minta untuk mendapatkan kebenaran dari pegawai yang bertugas terlebih dahulu. Tahap penggunaan tenaga elektrik adalah tidak melebihi 2000 watt @ 13 Ampre. Pihak Majlis tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku gangguan elektrik akibat kecuaian dari pengguna.
14. Bagi tujuan pemasangan khemah atau peralatan yang melibatkan struktur di luar bangunan Dewan Serbaguna MBSJ, pengguna diminta mendapat khidmat nasihat daripada Pegawai MBSJ terlebih dahulu.
15. Pengguna dilarang membuat kacau ganggu / bunyi bising semasa penggunaan Dewan Serbaguna MBSJ.
16. Pengguna diwajibkan meletakkan pelapik di setiap kaki meja bagi mengelakkan kerosakan pada cat epoxy lantai dewan.
17. Pemotongan cagaran sebanyak 50% akan dibuat sekiranya terdapat kekotoran manakala pemotongan 100% akan dibuat sekiranya ada kerosakan selepas penggunaan.
18. Potongan sebanyak RM100.00 akan dikenakan keatas pembayaran tempahan sekiranya terhadap pembatalan tempahan dilakukan.
19. Sebarang peraturan-peraturan yang ditetapkan adalah tertakluk kepada pindaan MBSJ. Pihak Majlis juga berhak membatalkan kebenaran penggunaan Dewan Serbaguna MBSJ tanpa memberi sebarang sebab.

ARAHAN DATUK BANDAR
MAJLIS BANDARAYA SUBANG JAYA
Senarai Tempahan Gelanggang
 
Senarai Permohonan Tempahan
 
Senarai Tempahan Dewan Secara Online
 
Semakan Tempahan Dewan
HINGGA
Senarai Tempahan Dewan
 
 
 
Urus Dewan
 
Urus Syarat
 
Urus Cuti
 
Carian Tukar Tarikh Dewan/Gelanggang
 
Senarai Permohonan Tempahan Dewan